SABTU, 19 Mei 2012 – Tuan Haji Salikin Bin Mis, Setiausaha Masjid Al Falah Taman Desa Jaya dan En Jamaludin Bin Ali, Pengerusi Biro Penerbitan dan Teknologi Maklumat menziarah Tuan Haji Abd Rahim Bin Zulkawi, Penolong Setiausaha Masjid Al Falah di Hospital Pakar Penawar, Pasir Gudang. Beliau dimasukkan ke wad 211 mulai hari Khamis 17 Mei 2012 kerana menghidap sakit dikedua-dua bahagian lututnya. Beliau telah dimasukkan ke Wad beberapa hari selepas En Razak Bin Isam, Pengerusi Biro Pembangunan Ekonomi Masjid Al Falah turut menerima rawatan di Hospital yang sama kerana menghidap sakit jantung dan ‘ Slipped Disc ’. Hj Salikin mewakili Masjid Al Falah menyampaikan sumbangan kepada Haji Abd. Rahim. Jawatankuasa Masjid Al Falah mendoakan semoga Tuan Haji Abd Rahim Zulkawi dan En Razak Isam segera sembuh. Amin.
MASJID
Sabtu, 19 Mei 2012
Assalamualaikum WBT
Kepada Semua Anggota Koperasi
dan Warga Kariah Masjid Taman Desa Jaya,
Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad
akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama pada :-
HARI : AHAD
TARIKH : 20 MEI 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH MASJID AL FALAH TAMAN DESA JAYA.
Semua dijemput hadir.
Terima kasih.
Kepada Semua Anggota Koperasi
dan Warga Kariah Masjid Taman Desa Jaya,
Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad
akan mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan Kali Pertama pada :-
HARI : AHAD
TARIKH : 20 MEI 2012
MASA : 9.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN KULIAH MASJID AL FALAH TAMAN DESA JAYA.
Semua dijemput hadir.
Terima kasih.
Isnin, 14 Mei 2012
CERAMAH AGAMA - HARI IBU
Sabtu - Masjid Al Falah menganjurkan Program Ceramah Agama sempena sambutan Hari Ibu pada 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir 1433H. Majlis bermula selepas solat Isyak berjemaah dengan bacaan doa oleh Uztaz Abdullah Zuhrim bin Mamat dan diikuti dengan ucapan alu-aluan oleh Hj Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Buat julung kalinya Anugerah Ibu Mithali sempena hari Ibu diadakan. Puan Hajjah Siti Zaleha binti Ahmad dari Zon Permatang telah diumumkan sebagai Ibu Mithali tahun 2012 bagi Kariah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM 300.00 dan sijil penghargaan. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Masjid. Acara kemuncak program ialah Ceramah Agama Hari Ibu ( Ibuku Duniaku ) yang disampaikan oleh Ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria dari IBS Excel Trainning & Consultancy. Majlis diselitkan juga dengan jualan sekuntum bunga hidup khas untuk para ibu. Dalam ceramahnya, Ustazah mengingatkan anak-anak dan para suami agar menghargai jasa dan pengorbanan ibu. Ustazah juga memberikan beberapa tip kecemerlangan keluarga. Sambutan yang menggalakkan dari para hadirin, jemaah dan penduduk setempat memungkinkan Jawatankuasa Masjid Al Falah menganjurkan pula ceramah agama sempena “ Hari Bapa ” yang biasanya diraikan pada hari Ahad minggu ketiga setiap bulan Jun.
Langgan:
Catatan (Atom)

