MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 13 Mei 2012

DOA SELAMAT


Sabtu- Puan Hajjah Faridah Binti Aman, salah seorang ahli Kumpulan Qiraatil-Quran  mengadakan Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat di Bilik Mesyuarat Masjid Al Falah Taman Desa Jaya pada 12 Mei 2012 bersamaan 20 Jamadilakhir 1433H.  Majlis diadakan bagi mengiringi keberangkatan beliau ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah Umrah selama 12 hari mulai 18 Mei 2012 hingga 29 Mei 2012. Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat dipimpin oleh Ustazah Hajjah Ruhila Binti Hj Abdul Rahman, guru mengaji Qiraatil-Quran Masjid Al Falah Taman Desa Jaya. Majlis dimulai dengan Zikir Munajat dan diakhiri dengan ucapan terima kasih dan permohonan maaf oleh Hajjah Faridah. Pengerusi dan AJK Masjid, ahli Kumpulan Qiraatil-Quran, sahabat-handai dan jiran-tetangga mendoakan agar Hajjah Faridah dan keluarga selamat berangkat dan selamat kembali  ke tanahair selain memperoleh Umrah yang Mabrur            - Insyallah -






Jumaat, 11 Mei 2012

KHATAM AL QURAN


Khamis 10 Mei 2012  - Puan Yuslina Binti Kamaruddin, salah seorang ahli Kumpulan Qiraatil-Quran pimpinan Ustazah Ruhila Binti Hj.Abd. Rahman mengadakan Majlis Khatam Al Quran di Dewan Kuliah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.  Selepas 4 tahun bersabar, tabah dan tekun akhirnya Pn Yuslina berjaya menamatkan pengajian bacaan Al Qurannya dengan sempurna. Majlis dimulai dengan Selawat keatas Nabi  diikuti dengan bacaan surah Khatam Al Quran. Majlis diteruskan dengan bacaan doa Khatam Al Quran  dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustazah Hajjah Ruhilah dan disambut dengan ucapan oleh Puan Yuslina Binti Kamaruddin. Dalam ucapannya Puan Yuslina mengucapkan terima kasih kepada Ustazah yang sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu pengajian Al Quran kepada beliau. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Puan Hajjah Zainon kerana sudi mengajar anak beliau mengaji. Walaupun ringkas dan sederhana, majlis diadakan dalam suasana meriah dan tertib.