MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 11 Mei 2012

KHATAM AL QURAN


Khamis 10 Mei 2012  - Puan Yuslina Binti Kamaruddin, salah seorang ahli Kumpulan Qiraatil-Quran pimpinan Ustazah Ruhila Binti Hj.Abd. Rahman mengadakan Majlis Khatam Al Quran di Dewan Kuliah Masjid Al Falah Taman Desa Jaya.  Selepas 4 tahun bersabar, tabah dan tekun akhirnya Pn Yuslina berjaya menamatkan pengajian bacaan Al Qurannya dengan sempurna. Majlis dimulai dengan Selawat keatas Nabi  diikuti dengan bacaan surah Khatam Al Quran. Majlis diteruskan dengan bacaan doa Khatam Al Quran  dan diakhiri dengan ucapan penutup oleh Ustazah Hajjah Ruhilah dan disambut dengan ucapan oleh Puan Yuslina Binti Kamaruddin. Dalam ucapannya Puan Yuslina mengucapkan terima kasih kepada Ustazah yang sudi memberi bimbingan, tunjuk ajar dan mencurahkan ilmu pengajian Al Quran kepada beliau. Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada Puan Hajjah Zainon kerana sudi mengajar anak beliau mengaji. Walaupun ringkas dan sederhana, majlis diadakan dalam suasana meriah dan tertib.





Jumaat, 20 April 2012

SEMINAR

Seminar Pengurusan Strategik Koperasi Kariah Masjid Peringkat Zon Selatan telah dianjurkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) pada 17 - 19 April 2012 di Dewan Marjan M Suites Hotel, Straits View Johor Bahru. Sebanyak 37 Koperasi Kariah Masjid Termasuk Koperasi Kariah Masjid Taman Desa Jaya Johor Bahru Berhad ( Masjid Al Falah ) dijemput khas bagi menyertai seminar ini. Beberapa taklimat dan kertas kerja dibentangkan pada seminar kali ini,  seperti tajuk berikut :-
Taklimat 1 : Koperasi  Menurut Pandangan Islam .
                  ( oleh Ustaz Azmi b Jaafar dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam ).
Taklimat 2 : Peranan dan Tanggungjawab Pemimpin Koperasi yang Berkesan
                  ( oleh En. Abd Latif b Zainal dari SKM Wilayah Kuala Pilah / Jempol ).
Taklimat 3 : Perniagaan Koperasi Kearah Keuntungan Dunia / Akhirat
                  ( oleh Prof. Madya Dr. Hj. Hussin b Salamon dari Fakulty Tamadun Islam, UTM ).
Taklimat 4 : Peluang-peluang Perniagaan Koperasi
                  ( oleh Puan Rahimah dari Bahagian Pembangunan Perniagaan, SKM Ibu pejabat K.Lumpur ).
Taklimat 5 : Motivasi : Transformasi Ekonomi Orang Islam ( Motivasi Keusahawanan ).
                  ( oleh En. Norisham b Kasmuni - PakTam - dari Vision Consultant ).

Seminar ini diharap dapat memberi manfaat kepada hadirin yang mewakili koperasi masing-masing selain membuka minda dan keyakinan merebut segala ruang dan peluang yang terbentang melalui khidmat nasihat oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia- " Peneraju Kecemerlangan Koperasi ".