MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 4 Januari 2015

MAULIDUR RASUL

Sabtu, 3 Jan 2015 - 3 Golongan yang tidak akan 'dipandang' oleh Nabi Muhammad SAW merupakan intipati ceramah Maulidur Rasul 1436H anjuran Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya kali ini. Majlis dimulai  dengan bacaan doa oleh Al Ustaz Haji Sulaiman Bin Haji Maidin, Kadi Segamat yang mengiringi pemergian dan keberangkatan sukarelawan bersama lori 15 tan yang membawa Kitab-kitab suci Al_Quran dan keperluan harian sebagai bantuan untuk mangsa banjir di Kelantan terutamanya Tumpat. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya.
                          Forum Maulidur Rasul 1436H dengan tema "Perpaduan Nadi Transformasi Negara" dikendalikan oleh Ustaz As Syeikh Haji Mohd Taufik Bin Dato' Kiyai Samsuddin (Kadi Pontian) dan Ustaz Haji Sulaiman Bin Haji Maidin (Kadi Segamat).
                          3 golongan yang dimaksudkan dalam ceramah tersebut ialah : -
1. Mereka yang menderhaka kepada ibu bapa
2. Mereka yang tidak mengamalkan Sunnah Nabi
3. Seseorang yang apabila mendengar nama Nabi disebut, tidak menjawab dengan selawat yang 
     sepatutnya.
 
 
 
 
  
  
  
  
  
 
  
  
  
  
  
  
  
 

INFAQ AL-QURAN

Sesi kedua pengumpulan dan membungkus barangan keperluan harian termasuk Kitab Al-Quran, Yassin, Kitab Agama, Sejadah, Kain Plekat, Telekung dan peralatan pembersihan seperti penyapu dan Skop turut disediakan untuk penghantaran kepada mangsa banjir di Tumpat, Kelantan. Lori 15 tan yang  sarat dengan barangan bantuan mangsa banjir tersebut akan berlepas dari pekarangan Masjid Al-Falah selepas Solat Isyak malam ini, Sabtu 3 Januari 2015.