MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 18 Mei 2014

SAMBUTAN HARI GURU

KHAMIS, 15 MEI 2014
Solat Hajat, Bacaan Yaasin dan ceramah khas sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Daerah Pasir Gudang bersama Al-Fadhil Dr Hj Zahazan Bin Muhamed diadakan dengan kerjasama Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dan PPD Daerah Pasir Gudang berlangsung di Dewan Utama Masjid Al-Falah mulai jam 6.30 petang hingga 11.00 malam. Seramai hampir 250 warga guru, murid-murid sekolah  dan Jemaah Kariah Taman Desa Jaya berganding bahu melaksanakan program ini.
Diakhir program, Wakil PPD Pasir Gudang menyampaikan cenderahati kepada Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Jualan bahan bacaan keluaran 'Telaga Biru" turut diadakan di lapagan pintu masuk utama Masjid Al-Falah.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Sabtu, 17 Mei 2014

KARNIVAL JOM KE MASJID


3 MEI 2014 - Hari Ketiga Karnival Jom ke Masjid
09.30 -11.30am  : Kuliah Dhuha oleh Ustazah Dr Isfadiah
11.30 -12.30pm  : Taklimat Keselamatan dan Kesihatan untuk anak-anak. Siaran langsung Radio     
                              Johor FM 'Permata Selatan' di Dewan Kuliah Masjid Al-Falah.
14.30 -16.30pm  : Progam Wanita : Pertandingan Memasak bersama Masterchef Joe.
15,00 - 16.30pm : Rakaman Program Berbalas Pantun antara AJK Masjid dan DJ Radio Johor FM.
16.30 - 17.00om : Pesembahan oleh penyanyi Amar dan pertunjukan Silap Mata.
17.00 - 18.30pm : Progam remaja bersama artis Hijrah - Ali XPDC.
18.30 -19.00pm  : Bacaan Al-Quran oleh peserta dari Pakistan.
21.00 - 23.30pm : Perasmian Penutup Karnival dan Forum Selebriti :-
                              Moderator        - Ustaz IM Asyraf
                              Ahli panel        - Ustaz Ahmad Tarmizi Abdul Razak,
                              Panel selebriti  - Heliza Helmi, Neelofa dan Sham Kamikaze.