MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 26 Januari 2014

ZIKIR ASMA AL-HUSNA

                   14 JAN 14 - Sesi pertama Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya yang diadakan pada sebelah pagi (8.00 pagi-12.00 tengahari) disambung pula dengan Sesi kedua  pada sebelah malam iaitu selepas Solat Maghrib. Program diteruskan dengan Zikir Asma Al-Husna yang diterajui oleh Biro Dakwah, Masjid Al_Falah Taman Desa Jaya dan dipimpin oleh Ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat, Imam 2, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya.
                    Memandangkan sambutan para Jemaah kepada program Zikir Asma Al-Husna ini amat menggalakkan, maka Jawatankuasa Masjid berbincang dan memutuskan untuk meneruskan program ini pada setiap minggu, selepas Solat Maghrib hari Rabu malam Khamis. Semua ahli kariah dan Jemaah adalah dijemput hadir,
 
 
 

 


MAULIDUR RASUL 1435H

SELASA : Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW peringkat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya diadakan pada 14 Januari 2014M bersamaan 12 Rabiul Awal 1435H. Majlis dimulai dengan doa dan persembahan pertandingan ceramah oleh murid-murid sekolah menengah terdiri daripada Sekolah Menengah Kebangsaan Agama JB, Sekolah Agama Taman Desa Jaya dan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa Jaya.
               Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah meneruskan ucapan alu-aluan dan dikuti perasmian majlis oleh  Yg.Berbahagia Tuan Haji Nasir Bin Syukur, Penyelaras Masjid dan Surau DUN Tiram. Tuan Haji Nasir turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua Ahli jawatankuasa dan Pegawai masjid bagi sesi 2012-2014 sebagai tanda penghargaan kepada jasa dan sumbangan yang diberikan oleh mereka. Majlis diakhiri dengan jamuan tengahari. 
 
 
 
 


 
 
 
 
 

Sabtu, 11 Januari 2014

JEMPUTAN MAULIDUR RASUL

Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dengan ini menjemput      
semua jemaah dan ahli kariah Taman Desa Jaya, Taman Ehsan Jaya, Taman Desa Cemerlang,
Taman Johor Jaya, Taman Gaya, Taman Desa Tebrau dan sekitar 
ke Majlis Sambutan Maulidur Rasul SAW .
 
 Majlis ini akan diadakan secara 2 sesi iaitu : -
sesi pagi ( 8.00 pagi -12.00 Tgh ) dan
sesi malam ( 7.00 -11 Malam).
 
Semua dijemput hadir meraikannya. 

Selasa, 7 Januari 2014

PROGRAM BERKHATAN


AHAD : Program Khatan beramai-ramai anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Masjid Al-Falah dan Hospital Sultanah Aminah telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Utama Masjid Al-Falah pada 8 Disember 2013M bersamaan 5 Safar 1435H. Seramai 14 kanak-kanak terdiri dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini. Seorang Doktor & 3 pembantu dari Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru telah mengendalikan operasi berkhatan beramai-ramai ini. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh Tuan Haji Rebu bin Saiman, Imam 1 Masjid Al-Falah dan disusuli dengan ucapan aluan oleh Tuan Haji Kasim bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya. Taklimat ringkas mengenai kebaikan berkhatan, cara penjagaan dan kaedah pemakanan ubat turut disampaikan oleh doktor kepada ibu-bapa kanak-kanak terlibat.
                 Masjid Al-Falah turut menghulurkan cenderahati (sehelai kain pelekat) kepada semua kanak-kanak yang terlibat dengan program berkhatan ini. Selepas sesi bergambar, peserta dan ibu bapa dirai dengan sarapan pagi. Pelbagai gelagat & reaksi dapat disaksikan semasa operasi berkhatan dijalankan, ada yang gementar, pucat lesi, senyum gembira dan ada juga yang menangis ketakutan. Itulah keistimewaan adat resam berkhatan. 
                  Dua tahun lepas iaitu pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H. Seramai 21 kanak-kanak menyertai program ini melalui anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Masjid Al Falah, KRT Zon Danau, Rakan Muda & Surau Al Hafiz.. Diharapkan program bermanfaat sebegini dapat diteruskan dan diadakan pada setiap tahun.