MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Khamis, 4 Disember 2014

PROGRAM BERKHATAN BERAMAI-RAMAI.

30 Nov - Majlis Program Berkhatan beramai-ramai bersama anak-anak Asnaf Johor Bahru diadakan di Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya pada hari Ahad, 30 November 2014. Majlis ini adalah anjuran bersama Masjid Al-Falah, Majlis Agama Islam Daerah Johor Bahru, Biro Kebajikan UMNO Bahagian Tebrau, Badan Khairat Kematian dan kebajikan Islam TDJ dan KRT Taman Desa Jaya..
                Seramai 50 kanak-kanak menyertai program ini diiringi oleh keluarga masing-masing sebagai tanda memberi sokongan moral. Majlis didahului dengan majlis Khatam Al-Quran, doa selamat dan disusuli dengan ucapan alu-aluan oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati kepada semua peserta terlibat, sesi bergambar beramai-ramai, perarakan peserta khatan, simbolik memandikan peserta dengan bantaun pancutan air pasukan bomba dan penyelamat.
               Pelbagai gelagat dan reaksi dapat dilihat apabila upacara berkhatan dimulakan. Ada diantara peserta yang sengih memanjang, pucat lesi di wajah, menangis, melaung, cemas dan takut turut dizahirkan oleh setiap peserta. Ibu bapa peserta tak terkecuali, ada yang cemas, panik dan ada yang bersahaja dan gembira. Suasana sedemikian meng'hidup' dan memeriahkan lagi program berkhatan beramai-ramai ini. Peserta terakhir yang dikhatankan tepat pada jam 2.22 petang. In Sya Allah program ini akan dianjurkan sebagai aktiviti masjid pada setiap hujung tahun.
 
Gambar Majlis Berkhatan beramai-ramai
Ahad, 30 November 2014