MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 8 September 2013

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA

TAMAN DESA JAYA - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya dan Badan-badan Pertubuhan Sukarela (NG0) telah menganjurkan secara bersama Majlis Sambutan Hari Raya dan Meraikan Bakal-Bakal Haji pada 7 September 2013M bersamaan 1 Zulkaedah 1434H. Walaupun Syawal telah berlalu, kehangatan sambutan Hari Raya masih dapat dirasai. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran ramai para tetamu terdiri dari muslimin muslimat dari Taman Desa Jaya dan sekitar yang hadir bersama ahli keluarga dan saudara mara terdekat.
                    Majlis 3 dalam 1 ( Sambutan Hari Raya , Meraikan Bakal-Bakal Haji dan meraikan murid-murid calon UPSR ) disambut dengan begitu meriah melalui kolaborasi diantara pihak Jawatankuasa masjid dengan NGO dan sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh YM Raja Idris Bin Raja Ali dan disusuli ucapan aluan oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya dan disambut oleh En Sabaruddin bin Abd Samad yang berucap mewakili bakal-bakal haji yang dirai. Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada 9 orang bakal haji iaitu En Sabaruddin bin Abd Samad dan isteri, En Abd Hamid Bin A.Karim dan isteri, En Osman Bin Mawadi dan isteri, En Saharuddin Bin Musa dan isteri dan Puan Hasimah Binti Ibrahim.
                  Sebanyak 18 gerai menyediakan pelbagai hidangan hari raya melengkapi majlis Sambutan Hari Raya tahun ini. Konsep hidangan ala gerai ini dilaksanakan diatas sumbangan individu atau syarikat yang sama-sama berganding bahu memeriahkan majlis . Pengerusi dan ahli Jawatankuasa masjid mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian para tetamu samada muslim atau 'non muslim' yang hadir pada majlis ini. Tidak dilupa juga sekalung tahniah dan terima kasih kepada penyumbang tenaga dan wang ringgit yang dihulurkan samada oleh orang perseorangan mahupun syarikat . 
                   Majlis ini dirasakan mencapai objektif 'Serampang dua mata' nya iaitu mengeratkan silaturahim diantara pihak masjid dengan para Jemaah, penduduk kariah Tamn Desa Jaya dan sekitar tak kira bangsa dan agama selain mendekatkan hati dan diri hadirin agar cintakan masjid.   Semoga Ukhuwah yang terjalin berkekalan sepanjang hayat.