RABU, 5 DIS - Pengerusi Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan, Tuan Hj Mohd Suremi bin Hj Rasiden bersama-sama jemaah kariah Masjid Al Falah, En Nor Mohammad, En Hassan, En Jalil, En Md Hasnor, En Shahdan dan En Aireen telah menziarah En Zakaria dirumahnya No 4, Jalan Lembah 37 TDJ. En Zakaria telah dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail Pandan pada 01 Disember 2012 dan dibenarkan balik ke rumah pada 05 Disember 2012 . En Zakaria yang berkerja di Pasaraya Pandan memberitahu bahawa pada 1 Disember jam 5.30 petang dengan tiba-tiba tangan kanannya tidak berupaya untuk bergerak., kebas dan hampir strok badannya. Mujur mendapat rawatan segera di HSI. Kini keadaanya bertambah baik.
Kelihatan dalam gambar Hj Mohd Suremi
menyampaikan sumbangan kepada En Zakaria bagi pihak Masjid Al Falah.