SABTU, 27 Oktober - Sempena Hari Raya Korban, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menganjurkan program Ibadah Korban/Akikah 1433H. Sebanyak 8 ekor lembu dan 4 ekor kambing disembelih untuk program ibadah korban/Akikah ini. Semoga ibadah korban/Akikah yang dilaksanakan ini dikurniakan ganjaran dan diterima oleh ALLAH SWT.
MASJID
Rabu, 31 Oktober 2012
Selasa, 30 Oktober 2012
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
JUMAAT, 26 Oktober - ALLAHHU AKBAR, ALLAHHU AKBAR, ALLAHHU AKBAR..........Umat Islam di Malaysia menyambut Hari Raya Aidiladha dalam suasana aman dan makmur pada 10 Zulhijjah 1433H. Seawal jam 7.30 pagi, Takbir Raya bergema di Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Jemaah kariah Taman Desa Jaya, penduduk taman berdekatan dan pengujung warga asing berduyun-duyun mengunjungi Masjid untuk bersama-sama bertakbir, menunaikan Solat Sunat Aidiladha, mendengar khutbah dan bermaaf-maafan. Ibadah Korban dan Akikah dijadualkan akan dilaksanakan pada keesokan harinya iaitu pada hari Sabtu, 27 Oktober 2012.
Ahad, 28 Oktober 2012
PENILAIAN MASJID CEMERLANG PERINGKAT NEGERI JOHOR
ISNIN, 22 OKTOBER - Selepas diumumkan terpilih tempat pertama sebagai Masjid cemerlang bagi Peringkat Daerah Johor Bahru pada 3 Oktober lepas, maka secara automatik Masjid Al-Falah dicalonkan pula untuk anugerah Masjid Cemerlang Peringkat Negeri Johor. Sehubungan itu, seramai 13 orang panel penilai dan 5 orang pengiring/pemerhati mewakili pelbagai jabatan hadir membuat tinjauan dan penilaian terperinci bagi menentukan kelayakan dan kedudukan Masjid Al-Falah sebagai calon Masjid Cemerlang Peringkat Negeri. Majlis dimulai dengan penanaman "Pokok Dokong" oleh En Adam B Ibrahim, wakil rasmi Pengerusi Penilaian Anugerah Masjid dan Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor bagi tahun 2012/1433H. Majlis diteruskan di dewan kuliah dengan ucapan aluan oleh Haji Hussin bin Sakiman, Penyelaras Masjid dan Surau Daerah Johor Bahru diikuti ucapan Haji Kasim B Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Ucapan balas dan taklimat ringkas disampaikan oleh En. Adam b Ibrahim, wakil rasmi Pengerusi Panel Penilai. Acara kemuncak ialah temu bual antara panel penilai bersama semua ketua biro Masjid Al-Falah. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari dan sesi bergambar.
Langgan:
Catatan (Atom)