AHAD : Program Khatan Beramai-ramai Taman Desa Jaya anjuran bersama Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan Masjid Al Falah, KRT Zon Danau, Rakan Muda & Surau Al Hafiz telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Serbaguna Masjid Al Falah pada 27 November 2011 bersamaan 1 Muharram 1433H. Seramai 21 kanak-kanak terdiri dari pelbagai peringkat umur telah menyertai program ini. Seorang Doktor & 3 pembantu dari Hospital Sultanah Aminah ,Johor Bahru telah mengendalikan operasi berkhatan beramai-ramai ini. Peserta khatan diarak dengan iringan paluan kompang memasuki pekarangan Masjid mulai jam 8 pagi. Selepas sesi bergambar, peserta dirai dengan acara mandian beramai-ramai yang disempurnakan dan dirasmikan oleh YM Raja Idris Bin Raja Ali, Pemangku Pengerusi Masjid Al Falah. Pelbagai gelagat & reaksi dapat disaksikan semasa operasi berkhatan dijalankan, ada yang gementar, pucat lesi, senyum gembira dan ada juga yang menangis ketakutan. Itulah keistimewaan adat resam berkhatan.
MASJID
Selasa, 29 November 2011
Isnin, 28 November 2011
MA'AL HIJRAH
SABTU : Sempena menyambut kedatangan Awal Muharram / Ma’al Hijrah, Masjid Al Falah dengan kerjasama KRT Zon Danau, Biro Rakan Muda & Surau Al Hafiz telah mengadakan Majlis Tahlil, Doa Selamat, Doa Akhir Tahun / Awal Tahun dan Ceramah Agama pada 26 November 2011 bersamaan 30 Zulhijjah 1432H. Acara kemuncak majlis ialah Ceramah Agama yang disampaikan oleh Al Ustaz Nor Amin Sayani b Zainal iaitu penceramah bebas dari Institut Kemahiran MARA, Johor Bahru, lulusan Universiti Islam Sultan Syarif Kasim, Riau Indonesia dan sekarang melanjutkan pengajian Peringkat Sarjana Master Sains Halal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Beliau berkhidmat sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah ( Guru Pengajian Islam ) MARA. Dalam ceramahnya, Ustaz menghuraikan pengertian sebenar Hijrah, dalil dan pengajaran yang diperolehi daripada Hijrah Rasulullah SAW.
Semoga apa yang disampaikan oleh Ustaz Nor Amin dalam ceramahnya dapat menimbulkan
keinsafan dan semangat untuk kita berhijrah hati dan akhlak dari yang buruk kepada yang
lebih baik. Kita perlulah menghayati erti sebenar “ Hijrah ”.
“ Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah Serta berjuang pada jalan ALLAH ( untuk menegakkan agama ALLAH ), maka Itulah orang yang mengharapkan rahmat ALLAH dan ( ingatlah ) ALLAH maha Pengampun lagi maha mengasihani. ” ( Al -Baqarah : 218 ).
MUHARRAM
MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri..
Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.
* 1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
* 10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang
mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan
kebenaran.
Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
* Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
* Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
* Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
* Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
* Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
* Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
* Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
* Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
* Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
* Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
* Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
* Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
* Hari pertama Allah menciptakan alam.
* Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
* Hari pertama Allah menurunkan hujan..
* Allah menjadikan 'Arasy.
* Allah menjadikan Luh Mahfuz.
* Allah menjadikan alam.
* Allah menjadikan Malaikat Jibril.
* Nabi Isa diangkat ke langit.
Antara amalan yang disunatkan pada bulan Muharam:
1. Berpuasa. Maksud Hadis: Barang siapa berpuasa satu hari dalam bulan Muharam pahalanya
seumpama berpuasa 30 tahun. Maksud Hadis: Barang siapa yang berpuasa tiga hari dalam bulan
Muharam, iaitu hari Khamis, Jumaat dan Sabtu, Allah tulis padanya pahala seperti mana beribadat
selama 2 tahun.
2. Banyakkan amal ibadat seperti solat sunat, zikir dan sebagainya.
3. Berdoa akhir tahun pada hari terakhir bulan Zulhijah selepas Asar sebanyak 3 kali.
4. Berdoa awal tahun pada 1 Muharram selepas Maghrib 3 kali.
14 Perkara Yang Sunat Dilakukan Pada Hari Asyura
(10 Muharram, bersamaan selasa, 06 DEC 2011):-
01. Melapangkan masa / belanja anak , suami & isteri2
fadhilat - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
02. Memuliakan fakir miskin
fadhilat - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
03. Menahan marah
fadhilat - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang ridha.
04. Menunjukkan orang sesat
fadhilat - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
05. Menyapu / mengusap kepala anak yatim
fadhilat - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang di sapunya.
06. Bersedekah
fadhilat - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-
henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
07. Memelihara kehormatan diri
fadhilat - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
08. Mandi Sunat
fadhilat - Tidak sakit (sakit berat)pada tahun itu
lafaz niat : 'Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
09. Bercelak
fadhilat - tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah hingga akhir seribu kali
fadhilat - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah diakhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat
fadhilat - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya.
lafaz niat : 'Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala'
Pada rakaat pertama dan kedua selepas fatihah di baca Qulhuwallah sebelas kali.
12. Membaca
'hasbiyallahhu wani'mal wakil wa ni'mal maula wa ni'mannasiiru'
fadhilat - Tidak mati pada tahun ini .
13. Menjamu orang berbuka puasa
fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa
Niat - 'Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala'
fadhilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya
daripada neraka.
Insya'allah..
Semoga Bermanfaat Dan Dapat Dipanjangkan Kepada Yang Lain-Lain.
Jumaat, 25 November 2011
KULIAH ISYAK
JUMAAT : Pada 18 November 2011, Biro Helwa Masjid Al Falah mengadakan program Kuliah Isyak bersama Ustaz Dr Mohd Azhar Bin Abdullah ( Pensyarah Jabatan Al-Dakwah Wal Qiadah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra (KIAS) Kota Bharu. Ustaz Dr Mohd Azhar memilih tajuk ‘Aurat Lelaki & Wanita ’ memandangkan beliau membuat tesis mengenainya. Sebenarnya kuliah ini merupakan kesinambungan daripada Kuliah Dhuha yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lepas. Pelbagai soalan dikemukakan oleh Muslimah bagi mendapatkan kepastian mengenai sesuatu isu berkaitan aurat dan persoalan am. Isu aurat dalam Kuliah Isyak yang disampaikan amat telus dan perlu diamalkan oleh setiap Muslimin mahupun Muslimat dalam menjalani kehidupan seharian.
Isnin, 14 November 2011
HARI RAYA KORBAN
Ahad : Umat Islam di Malaysia meraikan Hari Raya Korban pada 6 November 2011 bersamaan 10 Zulhijjah 1432H. Semua AJK Masjid Al Falah Taman Desa Jaya mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada seluruh umat islam amnya dan penduduk di kariah Taman Desa Jaya khasnya. Solat Sunat Aidil Adha telah dilaksanakan pada jam 8.30 pagi dan disusuli oleh aktiviti penyembelihan ternakan untuk ibadah Korban/Akikah sebanyak 6 ekor lembu dan seekor Kambing. Ajk Masjid Al Falah berganding bahu dengan penduduk setempat dalam urusan penyembelihan, melapah dan mengagihkan daging korban. Selain menghayati semangat berkorban, program ini dapat mengeratkan lagi silaturahim diantara Ajk Masjid, para jemaah dan penduduk di Taman Desa Jaya.
Jumaat, 4 November 2011
PROGRAM ZIARAH PESAKIT - 4
Ahad 30 Okt 2011, Pengerusi Biro Kebajikan Sosial dan Kebudayaan Masjid
Al Falah Tuan Haji Mohd Suremi bin Rasiden bersama AJK En Mohd Razali,
En Abd Razak serta jemaah Hj Yusoff, En Mustaffa telah menziarah pesakit
iaitu En Mohd Fuad bin Hj Mahmood di wad Hospital Sultanah Aminah, JB.
Beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya secara 'langgar lari' pada
25 Okt 2011 yang mengakibatkan kecederaan serius dibahu kiri, leher
dan kaki kanan .
Al Falah Tuan Haji Mohd Suremi bin Rasiden bersama AJK En Mohd Razali,
En Abd Razak serta jemaah Hj Yusoff, En Mustaffa telah menziarah pesakit
iaitu En Mohd Fuad bin Hj Mahmood di wad Hospital Sultanah Aminah, JB.
Beliau terlibat dengan kemalangan jalan raya secara 'langgar lari' pada
25 Okt 2011 yang mengakibatkan kecederaan serius dibahu kiri, leher
dan kaki kanan .
Hj Mohd Suremi menyampaikan sumbangan Hj Mohd Suremi menyampaikan subangan
kepada En Mohd Fuad serta diperhatikan YM Raja Idris.
Ahad 30 Oktober 2011, YM Raja Idris bin Raja Ali (Pemangku Pengerusi Masjid Al Falah), Tuan Haji Mohd Suremi bin Hj Rasiden (Pengerusi Biro Kebajikan Sosial Dan Kebudayaan Masjid Al Falah), En Mohd Razali, En Abd Razak, En Rahim bersama isteri, Wanita UMNO, Jemaah masjid Hj Yusoff dan En Mustaffa telah menziarahi En Ismail bin Che Ngah di wad Hospital Sultan Ismail (HSI). En Ismail dimasukkan ke wad sejak 20 Oktober 2011 kerana organ dalamannya dijangkiti kuman selain menghadapi penyakit batu karang dan muntah-muntah. YM Raja Idris telah membacakan doa agar En Ismail segera sembuh serta dapat menjalankan aktiviti harian seperti biasa.
Langgan:
Catatan (Atom)