MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Khamis, 18 Jun 2015

JOM KE MASJID

                             MASJID AL-FALAH - Program Jom ke Masjid, Bulan Dakwah dan Ihya' Ramadan Sekolah-Sekolah Daerah Pasir Gudang tahun 1436H/2015M diadakan pada hari Isnin, 15 Jun 2015 di Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya. Program yang berjaya mengumpulkan 500 warga pendidikan ini dirasmikan oleh Ustaz Mahmood Bin Kassim, Penolong Pengarah Pengurusan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam, JPN Johor (PPPKSPIJPNJ)
                              Program dimulakan seawal jam 6.30 petang untuk sesi pendaftaran disusuli dengan solat Maghrib berjemaah. Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah memulakan majlis dengan ucapan alu-aluan dan diikuti ucapan oleh Tuan Haji Jasni Bin Omar, Pegawai Pendidikan Daerah Pasir Gudang. Majlis diteruskan dengan perasmian dan pelancaran program oleh Ustaz Mahmood bin Kassim (PPPKSPIJPNJ). Acara kemuncak ialah tandatangan pemuafakatan diantara PPD P.Gudang dengan Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya yang diwakili oleh Tuan Haji Jasni Omar dengan Tuan Haji Kassim Darim..