MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 6 Februari 2015

LAWATAN MUHIBAH

BATU PAHAT - Menduduki tempat kedua Anugerah Masjid Cemerlang  Peringkat Negeri Johor 2014 tidak mematahkan semangat malah menjadi pemangkin kepada Pengerusi dan semua Ahl jawatankuasa untuk lebih bersedia pada masa hadapan. Dalam usaha memperbaiki kelemahan yang ada dan mempelajari sesuatu kelebihan pihak lain, maka cadangan lawatan ke Masjid Cemerlang iaiatu Masjid Ungku Ahmad menjadi keutamaan.
                              Sehubungan itu, pada hari Selasa 3 Februari 2015 seramai 20 orang termasuk Pengerusi dan ahli Jawatankuasa Masjid Al-Falah mengadakan lawatan Penanda aras (Benchmarking) Ke Masjid Ungku Ahmad, Kampung Separap, Batu Pahat (Masjid Cemerlang Peringkat Negeri Johor 2014). Kehadiran kami disambut meriah oleh En Zainuddin Bin Abdul Samad, Pengerusi Masjid dan Ajk disana.
                               Majlis dimulai dengan bacaan doa dan dikuti oleh ucapan aluan dan taklimat oleh Pengerusi Masjid Ungku Ahmad. Majlis diteruskan dengan ucapan balas oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah.  Aktiviti seterusnya ialah sesi pengenalan dan lawatan ke sekitar Masjid Ungku Ahmad. Lawatan meliputi dewan solat, Pondok Musafir, pejabat, bilik mesyuarat, bilik imam/bilal, perpustakaan mini, tempat wuduk dan sebagainya. Solat Zohor dan majlis makan tengahari mengakhiri lawatan ini. 
 








 
Terdapat banyak perkara dan inisiatif yang dapat dipelajari dari lawatan ke Masjid Ungku Ahmad ini. 5 perkara yang menjadi kelainan/keistmewaan di masjid ini yang perlu diambil iktibar dan panduan ialah :
1. Sistem pemfailan yang sistematik.
2. Penyediaan Pondok Musafir
3. Sumbangan Tanaf Wakaf oleh ahli kariah
4. Kemudahan Radio berinternet
5. Penerapan konsep 'Guyup'.