MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Jumaat, 21 November 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA KALI KEDUA ( PENGGAL KE 4 )


Selasa, 18 November 2014.
di bilik mesyuarat Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya.
Turut hadir ialah wakil Ngo seperti Bkkki, KRT setiap Zon, Kemas, Umno dan Surau.
Mesyuarat membincangkan persediaan menganjurkan Program Kem Remaja Solat 
yang akan diadakan pada 28-29 November
 dan disusuli dengan program Berkhatan beramai-ramai pada 30 November 2014.




 

 

 

 

 

 

 

ZIKIR ASMA AL- HUSNA


Jumaat, 14 November 2014
Dewan Utama Solat, Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya
Zikir Asma Al-Husna dipimpin oleh ustaz Abdullah Zuhrim Bin Mamat dan 
di bantu oleh En Roslan Bin Mohd Yatim dan pegawai-pegawai masjid.







Jumaat, 14 November 2014

MESYUARAT JAWATANKUASA

18 Muharram 1436H - Mesyuarat Jawatankuasa kali kedua ( Penggal ke 4 ) diadakan di bilik mesyuarat Masjid Al-Falah pada hari Selasa, 11 November 2014. Mesyuarat yang diadakan selepas Solat Isyak di hadiri oleh 16 oranag termasuk wakil setiap surau dan Koperasi Kariah Taman Desa Jaya.
Mesyuarat lebih tertumpu kepada pembentangan laporan dan perancangan aktiviti setiap biro, program berkhatan beramai-ramai dan penyelengaraan kedai Koperasi Kariah Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya.  

 

 

 

 

 

 

  

 

 

Selasa, 4 November 2014

KEISTIMEWAAN AWAL MUHARRAM


Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : ” Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan Barangsiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu derajat. Dan Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka.”

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : ” Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?”. Maka berkata Rasulullah S.A.W : ” Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir’aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !”.