MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Sabtu, 20 September 2014

'SOLUSI KELUARGA BAHAGIA'

JUMAAT, 19 SEPT 14 - Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya menganjurkan program Mini Forum bersama Pencetus Ummah, PU Rahmat dan PU Izzat bertajuk "Solusi keluarga Bahagia". Majlis dipengerusikan oleh Ustaz Abdullah Zuhrim, Imam 2 Masjid Al-Falah. Majlis yang dimulakan selepas solat Isyak dimulai dengan sesi suaikenal kedua-dua penceramah undangan PU Rahmat & PU Izzat. Pada penghujung majlis, sesi soal-jawab diadakan bagi merungkaikan pelbagai masalah yang diajukan oleh pengunjung pada malam itu. Pu Rahmat turut mempromosikan program Ibadah korban dan Aqiqah yang akan dilaksanakan untuk warga islam di Sudan.
 
 
 
 
                       
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 

Jumaat, 5 September 2014

PENILAIAN MASJID CEMERLANG

SELASA  2 SEPT - Majlis Penilaian Masjid dan Surau Cemerlang Peringkat Negeri Johor diadakan pada hari Selasa, 2 September 2014. Masjid Al-Falah Taman Desa Jaya, calon Masjid yang mewakili Daerah Johor Bahru dikunjungi oleh 15 orang pegawai penilai pelbagai Jabatan yang diketuai oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Majlis yang bermula jam 10.00 pagi dimulai dengan bacaan doa dan disusuli dengan taklimat ringkas oleh Tuan Haji Kasim Bin Darim, Pengerusi Masjid Al-Falah. Tuan Haji Sabarudin yang mengetuai jawatankuasa penilai turut menyampaikan ucapan dan taklimat ringkas mengenai pemarkahan penilaian dan kategori Masjid Cemerlang.   
            Sesi penilaian diantara para penilai dan ketua-ketua biro dilaksanakan di dewan kuliah dan diakhiri dengan lawatan ke pekarangan masjid, pelepasan ikan keli belaan, sesi bergambar dan jamuan tengahari. Mudah-mudahan didoakan agar Masjid Al-Falah dinobatkan sebagai salah satu masjid yang cemerlang di Peringkat Negeri Johor. In Sya Allah.