MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Isnin, 19 Ogos 2013

SUMBANGAN - UMNO BAHAGIAN TEBRAU

Ahad 4 Ogos 2013 - Majlis ringkas penyampaian sumbangan / bantuan kepada lebih 40 surau & 80 masjid dalam Kawasan Parlimen Tebrau telah diadakan di Dewan Kuliah Masjid Al-Falah. Yang Berhormat Datuk Hj. Maulizan Bin Bujang ( Adun Tebrau ) telah menyampaikan ole-ole ( Air Zam-Zam / Kuih Raya ) dan bantuan kewangan sebanyak Rm 1000.00 kepada setiap masjid & Rm 500.00 kepada setiap surau yang berada dalam kawasan Parlimen Tebrau. Turut hadir ialah Tuan Haji Nasir Bin Syukur, Penyelaras Surau dan Masjid Dun Tiram..

“ Walaupun Jumlahnya tidak seberapa, Sekurang-kurangnya ia dapat digunakan oleh pihak jawatankuasa surau & masjid untuk melaksanakan beberapa aktiviti dan program masjid, ” ujar Datuk Hj.Maulizan, dalam ucapan ringkasnya.



Kesemua penerima ( Pengerusi, Imam atau wakil masjid/surau ) berasa bersyukur dan gembira dengan pemberian yang diperoleh, lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini. Haji Kassim Bin Darim, Pengerusi Masjid menerima sumbangan/bantuan tersebut bagi pihak Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya.
 
   
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

QIAMULAIL DAN KULIAH SUBUH

AHAD, 4 OGOS - Sesuai dengan Fasa Ketiga Ramadan dan peluang merebut ganjaran pahala di malam 'Lailatul Qadar', Masjid Al-Falah meneruskan program amalan Qiamulail pada 10 hari terakhir di Bulan Ramadan. Qiamulail dipimpin oleh Al-Ustaz Mohammad Shuib. Program Qiamulail dimulai seawal jam 4.00 subuh dengan pengisian ritual Solat Sunat Taubat, Tahajud, Hajat dan diselang-seli dengan Tasbih, Zikir Taubat & Zikir Munajat. Program disusuli dengan jamuan bersahur, Solat Subuh dan diakhiri dengan Kuliah Subuh yang disampaikan oleh Ustaz Ismail.  


    
          
                                                                  Ustaz Shuaib memimpin Qiamulail    

                                                                Ustaz Ismail menyampaikan kulaih subuh

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1434H

 
JUMAAT, 2 OGOS - Masjid Al-Falah dengan penglibatan para Jemaah dari Kariah Taman Desa Jaya, Taman Johor Jaya dan Taman Ehsan Jaya telah berjaya melangsungkan Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan pada 24 Ramadan 1434 H di Dewan Utama Masjid . Seramai 13 jemaah lelaki,  20 jemaah wanita dan disertai para Jemaah yang hadir turut menyempurnakan Majlis Khatam Al-Quran Peringkat Masjid Al-Falah, Taman Desa Jaya. Sesi Tadarus Al-Quran ( lelaki dan wanita ) telah dimulai sejak awal Ramadan sehingga  ke hari kemuncak Khatam Al-Quran yang diadakan hari ini. Sebagai menghargai sumbangan dan komitmen mereka, Jawatankuasa Masjid Al-Falah memberikan  cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Majlis dimulai dengan Solat Isyak berjemaah, Solat Sunat Tarawih 8 rakaat , Solat Witir 3 rakaat dan diakhiri dengan jamuan.