MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Ahad, 11 Mac 2012

ZIARAH

Pada 28 Feb 2012 jam 1245 petang, Pengerusi Masjid Al Falah, Tuan Haji Kasim bin Darim bersama  Pengerusi Biro Kebajikan Sosial Dan Kebudayaan, Tuan Haji Mohd Suremi bin Rasiden serta En Abd Razis bin Hj Omar telah menziarah Ustaz Mohd Nasruddin bin Mohajir di wad Barat 2 katil 59 HSA. Ustaz Mohd Nasruddin telah di masukkan ke HSA sejak 27 Feb 2012 akibat kemalangan jalan raya pada 27.02. 12 lebih kurang jam 1.00 ptg berhampiran Taman Seri Bahagia Jalan Tampoi.. Akibat kemalangan tersebut kaki kiri beliau telah cedera. Seluruh Jawatankuasa Masjid mendoakan agar Ustaz segera sembuh.....Amin !!!


Kelihatan dalam gambar - Tuan Hj Mohd Suremi menyampaikan sumbangan kepada
Ustaz Mohd Nasruddin bagi pihak masjid Al Falah diperhatikan Tuan Haji Kasim .

Sabtu, 10 Mac 2012

Pada 22 Jan 2012 jam 5.43 ptg -  Pengerusi Biro Kebajikan Sosial Dan Kebudayaan Tuan Haji Mohd Suremi bin Rasiden bersama JK terdiri Tuan Hj Yusoff , En Abd Razak, En Sukri telah menziarah En Rohaizad bin Rahmat anak kepada salah seorang kariah masjid ini yang tinggal di Jalan Lembah 37. En Mohd Rohaizad telah dimasukkan ke wad sejak 19/01/12 kerana menghidap jangkitan kuman di kepala yang asalnya bermula dari beguk, demam panas dan berulang kali sakit kepala. dikhuatiri dijangkiti virus kucing. Akibat dari itu segala ingatannya terganggu . Semoga beliau segera sembuh.

Keihatan dalam gambar - Tuan Hj Mohd Suremi menyampaikan sumbangan bagi pihak masjid .

Isnin, 5 Mac 2012

Majlis Sambutan Maulidur Rasul anjuran JK Muafakat Ehsan Jaya, Surau Al Multaqa EJ1, Surau Al-Ihsan EJ2 Surau Rumah Pangsa Sri Orkid telah diadakan pada hari Ahad, 4 Mac 2012 bersamaan 11 Rabiul Akhir 1433H. Majlis dimulakan dengan perarakan, diikuti dengan persembahan pentas dan diakhiri dengan acara kemuncak Mini Forum. Mini Forum bertajuk " Keluarga Cemerlang, Ummah Gemilang " dijayakan oleh 3 ahli panel / penceramah iaitu Tuan Hj Mohd Azman b Haji Mohsin,  Kadi Daerah Johor Bahru, Tuan DSP Saifi b Haji Abd Hamid, Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam dan Tuan Haji Amir b Mohd Nor, Pegawai Khidmat Kaunseling, Pejabat Kadi Daerah Johor Bahru.



Ahad, 4 Mac 2012

Majlis Sambutan Maulidur  Rasul Surau Al Hafiz telah diadakan pada hari Sabtu, 3 Mac 2012 bersamaan 10 Rabiul Akhir 1433H . Majlis yang bermula dari Solat Maghrib hingga jam 11.00 malam ini merupakan anjuran bersama Surau Al Hafiz, KRT Zon Permatang, Badan Khairat Kematian Islam, Kumpulan Yassin Wanita Permatang dan badan-badan Pertubuhan sukarela (NGO) Taman Desa Jaya. Selepas solat Maghrib, bacaan Rawi dan Marhaban dipersembahkan oleh jemaah Surau dan diikuti dengan Bacaan Al Quran dan terjemahan oleh 2 orang pelajar Cacat Penglihatan Sekolah Pendidikan Khas Elizebert Johor Bahru. Acara kemucak majlis ialah Ceramah Maulidur Rasul yang disampaikan oleh Ustaz Muhyudin Bin Md Shariff dari Pusat Islam Universiti Teknologi Malaysia (UTM).