MASJID

MASJID AL FALAH, TAMAN DESA JAYA, 81100, JOHOR BAHRU,JOHOR - JADIKAN MASJID TEMPAT KETENANGAN, KESEJAHTERAAN DAN KEJAYAAN

Selasa, 20 September 2011

PROGRAM ZIARAH PESAKIT - 1


Jumaat 16 September 2011, Biro Kebajikan, Sosial & Kebudayaan diketuai oleh Haji Mohd Suremi b Hj Rasidan dan beberapa orang jawatankuasa Masjid menziarah En Ja'amat Bin Masid yang mengalami kemalangan pada 26 Ogos yang lepas. Ziarah dilakukan di rumah  beliau di No 38 Jalan Danau 37. Kemalangan berlaku sekitar jam 4.00 petang di Jalan Anggerik , Taman Johor Jaya ketika beliau sedang menonggang motosikalnya yang tiba-tiba terhenti dan terus tergelincir masuk  longkang sedalam 5 kaki. Akibatnya, tangan kanan beliau patah dan dimasukkan ke Hospital Sultan Ismail selama 1 hari untuk disimin. En Ja'amat akan menjalani pemeriksaan doktor untuk kali kedua pada 04.10.2011. Pihak Masjid Al Falah menghulurkan sedikit sumbangan bagi meringankan penderitaan yang dialami En Jaamat sekeluarga. Seluruh jawatankuasa Masjid Al Falah mendoakan agar En Ja'amat cepat sembuh dan lebih berhati-hati ketika menonggang motosikal pada masa akan datang.

ADAB MENZIARAHI ORANG SAKIT

Antara adab-adab ziarah pesakit (menurut kitab Fiqh Sunnah) :
1.   Mendo'akan pesakit agar lekas sembuh.
2.   Memberi nasihat agar bersabar dan tabah.
3.   Menyampaikan ucapan yg baik yg dapat menghiburkan hati pesakit dan menguatkan jiwanya.
      Cth ucapan: "Tidak apa-apa InsyaAllah lekas sembuh."
4.   Pendekkan waktu ziarah.
5.   Menjarangkan waktu ziarah agar tidak menyulitkan pesakit (kecuali pesakit mengkehendaki sebaliknya).
6.   Wanita boleh menziarahi lelaki.
      Dalil: Aisyah ra pernah menziarahi Bilal bin Rabah ra yg demam panas.
7.   Boleh juga menziarahi orang bukan Islam.
      Dalil: AlBukhari meriwayatkan dlam bab menjenguk orang musyrik.
8.   Ketika berada di sisinya sentuhlah tangan, dahi dan tanyalah keadaan dia sekarang nih.
9.   Ceritakan ttg kelebihan sakit yang dialami oleh para sahabat, Rasul dan Nabi supaya pesakit tak resah.
10. Sunat dibacakan doa ini : "Ya ALLAH, hilangkanlah penyakitnya, wahai Tuhan bagi manusia
      sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan tidak ada sembuhan melainkan sembuhan dari MU jua,
      sesuatu sembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit" Riwayat at-Tirmizi.

Isnin, 5 September 2011


Islam telah memberikan beberapa garis panduan yang sewajarnya menjadi amalan umat Islam dalam menghadapi kemeriahan berhari raya. Antara amalan sunat yang dianjurkan untuk menjadi amalan menjelang hari raya ialah:
1 ) Bertakbir dan bertahmid kepada Allah bermula dari waktu terbenam matahari malam hari raya sehingga  
     imam mengangkat takbiratul ihram sembahyang hari raya. Firman Allah : "Dan hendaklah kamu   
     mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjukNya yang diberikan
     kepadamu, supaya kamu bersyukur" (Surah al-Baqarah :185)
2 ) Mandi sunat di pagi hari raya
3 ) Memakai pakaian baru atau bersih
4 ) Memakai wangi-wangian dan menghilangkan segala bau yang tidak elok
5 ) Memohon kemaafan dan keampunan kepada dua ibubapa, suami atau isteri dan ahli keluarga yang lain
6 ) Makan sedikit sebelum ke masjid dan melalui jalan yang berbeza untuk pergi dan pulang dari masjid
7 ) Solat Sunat Hari Raya
8 ) Ziarah menziarahi dan sebagainya. Ketika sedang gembira berhari raya, jangan dilupa pada golongan
     yang memerlukan Amalan bersedekah merupakan cara terbaik sebagai tanda kesyukuran di atas segala
     nikmat dan rezeki yang dikurniakan oleh Allah.
Selain daripada itu, dalam kesibukan membuat persiapan menghadapi hari raya , perlu dielakkan campuraduk antara amalan-amalan yang baik dengan perkara yang ditegah. Di antaranya pembaziran dalam penyediaan makanan dan minuman. Selain itu, percampuran di antara lelaki dan perempuan secara bebas di dalam sesuatu majlis perlu dielakkan daripada berlaku.
Perkara-perkara maksiat yang ditegah oleh syara' mestilah dijauhi dan janganlah melakukan perlanggaran batas-batas agama. Umat Islam juga perlulah menjaga adab sopan ketika ziarah menziarahi sanak saudara.
Di antaranya ialah dengan memilih waktu yang sesuai untuk berziarah. Apa yang diharapkan, hari raya bukan semata-mata hari untuk bergembira tetapi yang lebih penting dan utama ialah mendapat keredhaan dari Allah s.w.t.
                  
                                       " SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "